Trivia Dunia Generasi Baru

  • Watak Zuhal lakonan Ben Amir sebenarnya memiliki nama sama dengan watak Uncle Zuhal lakonan Usop Wilcha dalam Dunia Baru musim pertama.
  • Lokasi yang menjadi tempat mereka melanjutkan pengajian ialah di IUMW (International University of Malaysia Wales). Sebuah universiti swasta yang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaya dan lokasi kampusnya terletak di Jalan Tun Ismail di tengah kotaraya. Berhampiran dengan akses pengangkutan awam seperti Stesen KTM - Putra dan Stesen lrt STAR Sultan Ismail dan PWTC. Juga berjiran dengan OUM (Open University Malaysia).
  • Ikatan kekeluargaan - Zahra dan Zuhal boleh dianggap half sibling/half brother/half sister kerana mereka berasal dari bapa yang sama dan Ibu yang berlainan. Bapa Zuhal, Zahari menceraikan ibu Zahra semasa mengandungkan Zahra dan dia tidak tahu dia mengandung semasa menceraikannya. Kemudian berkahwin dengan ibu Zuhal. Ibu Zahra pula hanya menceritakan bapa nya sudah mati sebelum dia dilahirkan. Zahra memiliki lagi 2 adik beradik dari perkahwinan kedua ibunya.
  • Suzanna dalam siri asal Dunia Baru dilihat menipu status dengan mengatakan dia berasal dari keluarga kaya, hakikatnya dia datang dari keluarga miskin. Ini kontra dengan Siska yang berasal dari keluarga berkemampuan tetapi berbohong pada teman-teman dan warga kampus dia dari keluarga miskin.
  • Hampir setiap episod Rik akan mempunyai pasangan baru, Rik ini mirip Umarah lakonan Que Haidar dalam siri asal. Tetapi Rik tidak kedekut dan berkira tentang wang.
  • Tempat dimana Rik selalu dating ialah di Uncle Ron's Cafe, Kota Damansara.
  • Zack (episode 10) yang diupah oleh Rik untuk menyamar sebagai Aaron Musa adalah orang sama memegang watak Kodok dalam siri tv KAMI.
  • Nomi, adik Norelle hanya berhubung dengan Norelle melalui telefon tetapi wataknya tidak pernah ditampilkan.
  • Kaka Azraff dan Ben Zahid kembali berlakon bersama semula di dalam drama Inai Yang Hilang 2018 ntv7